Wednesday, February 19, 2014

Spm leavers .

Assalamualaikum .

Due to demand , so i manage to do a post regarding Spm Leavers . Tapi secara rough je la , because I'm not an expert .

So nak pergi mana lepas Spm ? Kalau results bagus , boleh lah pergi A-level lepastu nanti boleh fly ikut kos yang korang idam-idamkan . Kalau tak pergi A-level pon , korang pergi lah interview yang membolehkan korang terus fly . yuuuhuuu . Seghonok kalau macam ni . Tapi kalau buat A-level bukan nya bermaksod yess, korang pasti akan terbang . Korang hanya pasti akan terbang kalau results bagus and lepas requirement gitu . Tahniah lah gitu boleh merasa duduk negara orang .


Itu kalau bagus . Kalau suam-suam kuku je ?

Ada dua pilihan . Matrik or Asasi . Biasa dengar kan , common sangat . Yess , masuk lah Asasi kalau dapat . Kalau tak dapat , masuk lah matrik . Senang tak hidup aku ^^ Macam mana kalau dapat dua-dua ? Tengok dari segala aspek . Biasanya kalau lepasan Asasi , orang akan cakap :

" wooaahh , dia budak Asasi do "

Lagi-lagi lepasan Asasi UM ( Universiti Malaya ) :

" fuyohhhh , dia dulu PASUM do ! "


Tapi kalau lepasan matrik :

" laaaa , matrik je ke . Elehhhh "

Okay boleh nampak kan mentaliti pelajar sekarang . Korang tengok pon , boleh tahu nak pilih asasi ke matrik . Ni pengalaman aku lah . Al-maklum sekarang aku dah budak degree kan .


Pilih la mana-mana , sama jeee sebenarnya . Ada orang cakap , masuklah matrik , matrik senang nak skor . Senang kalau kau study . Kalau tak study , sama je kena quit masuk diploma or extend setahun . Bagi aku . takde beza pon kau masok Asasi or Matrik . Buatlah pilihan yang tepat . Macam aku , aku alumni Kolej Matrikulasi Perlis . Zaman aku dulu kitorang dapat menaikkan nama matrik Perlis menjadi matrik nombor satu . (bangga kejap )

Macam mana kalau results Spm nak ke separa hancus ?

Jangan risau , masih ada peluang dan ruang .

Diploma , Matrik dua tahun , SPA , Politeknik , private , or nak pergi Kolej Komuniti buat kemahiran pon boleh .


Matrik ada dua . Setahun or dua tahun . Yang mana satu kau dapat depends results spm kau . Kalau hancus sikit , probability kau nak dapat dua tahun punya tinggi . So yang ni depends sebab selalu budak malas nak amik dua tahun , baik amik diploma or poli , lebih setahun je . Kalau kau tak yakin dengan matrik , amik lah dip or poli . Or tak pon kau amik SPA selalu perempuan ah nak jadi nurse kalau lelaki dia jadi Medical Assistant . Dapat elaun tiap bulan and confirm keluar kerja dengan kerajaan .


Tapi aku tengok matrik dua tahun takde lah susah sangat . Ini pendapat peribadi lah . Sebab kau belajar apa yang budak Matrik setahun belajar cuma kau belajar slow dari depa . Ramai jugak ah yang dapat pointer 3.5 above .

Ke nak masuk private pon boleh kalau dah takde rezeki kat mana-mana or kos apa yang kau nak tak dapat . Tapi ni ongkos nya je lah perlu disediakan . Nama pon private kan .Tapi , kalau kau nak masuk aviation ke , Alam ke , Gmi ke , boleh je . Korang boleh apply Mara . Selalunya Mara bagi pinjam duit kat depa-depa ni . So , dont worry , kita masuk je . Hutang nanti boleh bayar . Tapi once dah masuk , kena struggle ah , boleh la dapat potongan sikit . Kurang sikit beban nak bayar hutang . Karang dah umur 60 tahun , hutang tak habis lagi . heee


Or masuk kolej amik kemahiran . Kadang-kadang rasa macam amik kemahiran pon bagus jugak . Macam buat baju ke , menjahit ke , boleh jadi saingan Hatta Dolmat tu . Boleh buat duit woo , sebab kau belajar praktikal kan . Kalau kena cara , boleh dapat ribu-riban woo .



So , kesimpulan aku , mana-mana pon boleh , asalkan kau belajar dan terus belajar . Nanti nak kahwin takde duit pulok kalau tak belajar , takde kelulusan susah jugak . Karang mak mertua tak nak terima jadi menantu . Haiyaaa .


oh , kalau negeri korang ada buat Academic Fair ke , Education Fair ke , pergilah usha-usha . So , dapat lebih sikit pendekatan , which one is better and more suitable for you . And boleh korang aim universiti mana yang jadi idaman kalbu .


be a human with brain , with first class mentality "


No comments:

Post a Comment