Saturday, November 22, 2014
Pushy
Mohon ingat satu benda. Bukan engkau yang selamanya disisi. Cerita setahun lepas. Baru setahun. Bukan dari dulu pon kau ada. Tapi dia. Dia yang ada di situ. Kau cuma datang dan mendapat tahu kedukaan yang aku lalui. That's it.
Cuma jangan lupa. Bukan kau sorang yang ada kat sisi aku. Bukan.
Kalau aku kena bayar balik apa yang kau buat, maksodnya aku kena bayar balik la semua apa yang kawan aku yang lain buat. Clear right ?
Satu benda tolong semat. Aku tak pernah mintak untuk kau bertahan. Sila pergi, amat aku alukan. Kalau membantu tapi ada niat disebaliknya. No, thanks. Aku tak perlu bantuan kau. Selama ni pon aku sendiri. Aku dikhianati pon, aku sorang yang rasa. Bukan kau.
So lagaknya, bukan kau yang rasa. Tapi aku.
Cerita kita berbeza. Dan tolong faham, jangan memaksa aku sementelah bicara pasal hati dan perasaan pon satu isu yang maha berat. Aku dah cukup besar untuk berfikir. Aku pandai jaga diri. Mohon jaga diri kau sendiri. Aku tak perlukan jagaan kau, cukup ada ayah dan abang aku.
Aku mohon kau angkat kaki. Itu yang terbaik. Berhentilah sekarang, sudah aku bilang dari dulu. Rasa ini masih pada dia.
masih aku dalam fasa meroyan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment