Mereka kata, kalau dia mahu dan perlukan kita dalam hidup mereka, pandai lah dia mencari kita kembali. Pandai lah dia mencari jalan untuk pulang ke sisi. Pandai-pandailah dia, dia dah besar, akal pon dah panjang. Sebagaimana dia pernah membuat masalah, seperti itu lah dia harus menyelesaikannya. Pandai cari nahas, pandai lah menanggung. Pandai bermulut manis, pandai lah menahan perit kena tampar nanti.
No comments:
Post a Comment