Monday, April 16, 2012

salam akhir .


Assalamualaikum .

Sukacitanya dimaklumkan bahawa ini mungkin merupakan entry terlast yang akan aku buat di bumi Perlis ini , spesifik siket , di bilik bernombor 301 , Ummi Umairah , Kolej Matrikulasi Perlis . Kerana apa ? lagi seminggu tolak makang minum berak cangkung , aku akan kembali ke tanah asal aku . Di mana ? Di Selangor . Ok stop mukadimah yang tak panjang and tak pendek o.o

First of all , tadi , aku dari blok pensyarah meminta kepada lecturer sekalian agar segala ilmu dihalalkan , moga kita semua dipermudahkan dalam menghadapi finale year yang start esok . Ayat yang sangat skema -,-‘ k foine .

Tidak mahu berbasa-basi , ini merupakan luahan hati amoy sepet . har har har .

Memang hidup nie , kita tak selalu kat atas , tak selalu jugak kat bawah , tak selalu dapat full A’s , tak selalu dapat zero’s A . Homosapien macam aku , banyak je salahnya , yang terlepas pandang , yang terguris hati , yang terlajak kata , yang tersedap mulut , yang teraction melampau , yang berjaja cerita , yang bergosip hulu-hilir , ini lah aku manusia yang tidak pernah sempurna . Sedangkan dalam Al-Quran pon ada cakap , cubalah untuk menahan amarahmu , berbuat baik lah dengan orang .
 Hiduplah dengan aku , tahu la kerenah aku . Tapi aku tidak mampu untuk menjaga hati semua orang , aku cuba yang terbaik . Habis baik , Insyaallah aku cuba . Sejak aku masuk matrik lagi , aku cuba . Jangan jadi faker dengan aku , sebab kita namanya manusia , penuh dengan kekurangan .

Untuk itu , sebelum kita semua nak menghadapi peperiksaan besar yang bakal menentukan arah tuju kita kelak , aku NUR FIZLAH AINAA BINTI KHAIRUDDIN , menyusun sepuluh jari , memohon ampun dan maaf sekiranya tersilap cakap , terguris hati , terpukul kat mana2 , terpau duit , terpandang slack , terannoying kat mana2 , terpinjam barang , terbaring kat katil , terpinjam sudu , terkutuk depan , terbuat muka , terbaca komik , and TER segala-galanya yang pernah aku buat samaada sudah lepas , sekarang , atau pun pada masa yang akan datang ini . Sesungguhnya segala yang buruk itu semuanya datang dari aku .

Semoga esok segalanya dipermudahkan . Kepada semua kawan-kawan Matrik , buat habis boleh . All the best !

No comments:

Post a Comment