Simple jea tajuk kat atas tu . Common name and semua orang
ada . But tu bukan persoalannya .
Memang kat dalam dunia nie , tiada yang sempurna , tiada
yang benar seratus peratus , tiada yang salah seratus peratus . Makin kita
jelajah , makin kita hijrah dari satu tempat ke tempat lain , makin kita
belajar erti persahabatan .
Terima kasih kawan-kawan , sebab ajar aku benda nie semua .
LAGI .
Kita pergi ke seluruh pelosok dunia pun , mesti lah nak
kumpul kawan ramai2 , jarang sangat aku nak jumpa orang yang nak stick dengan
satu group jea . Seolah ada mereka sahaja sudah cukup . Seolah kau tak kan
mintak pertolongan kawan kau yang lain satu hari nanti . Seolah mereka lah
nyawa kau . Seolah kawan kau yang lain cuma tempat persinggahan . Seolah mereka
langsung tak boleh nak dipercayai . Kau pandang sebelah mata jea . Kalau boleh
pejam , aku rasa dah boleh kau pejam .Jarang jugak aku nak jumpa kawan yang
tinggal kita bila boyfriend depan mata . At least engat lah , kawan kita tu pon ada
hati and ada perasaan . Benda simple macam nie , tak kan lah kita tak boleh nampak
reaksi muka kawan kita yang dah berubah ? Sebab dye nak jaga hati kita , dia
simpan dalam hati biar terus berbekas . Kata maaf pon susah ? Cuba lah berterus
terang , tak susah nak cakap direct before keadaan jadi lagi keruh . Jarang
jugak kawan yang terus stick dengan kita padahal dalam hati dah menyumpah .
Kawan yang nie gila jiwa kental . Sebab dye engat kat kawan rapat dye nie , dye
just diam jea . Dye still dengar cite kawan baik dye nie . perghhh yang nie aku
nak tabik hormat sikit .Jarang jugak kan bila jumpa kawan yang just jadi
perantara . Berbaikkan dua sahabat yang bergaduh sekian lama . Tapi bila dah
baik , yang perantara terus campak ke tepi . Sadis gila yang nie. Pernah jumpa
tak kawan yang dengan kita time senang tapi time susah , bayang pon tak nampak .
yang nie common gila kan . Of kos la ada kat mana2 pon kita pergi . Memang
manusia nie pelbagai ragam . Kita yang tentukan camane kita nak menghadapinya .
Pahit manis , kita yang telan sorang2 . Pikir lah dulu , sebelum buat apa2
tindakan . Memang berdosa kalau kita putuskan silaturrahim.
Sendiri pikir , sendiri tahu . Aku tak point sape2 . Aku
cakap apa yang aku rasa . Sebab aku pon tak sempurna , aku cuba untuk jadi yang
terbaik tapi kekadang , kenapa kita nak pikir apa orang rasa bila kita sendiri
dah lama makan dalam ? Apa pon , ini lah lumrah hidup .
No comments:
Post a Comment