Saturday, May 5, 2012

a glance bout matric ,

Assalamualaikum and hai .

Lama aku tak updated . kan kan ? Dulu busy sebab tu tak dan nak updated , sekarang tak busy , jadi malas pulak nak updated . Hai memang berkurun la gamaknya . Aku budak matrik , and aku dah pun tamatkan pengajian kat matrik Perlis tu . So sekarang nie aku penganggur yang tanam anggur kat rumah .

10 bulan kat matrik , so far so good . In short , suam-suam kuku la . Nak kata syok , tak jugak , nak kata best , tak jugak .Ntah , nak tahu , p la try masok matrik . Tapi dari dulu sampai la sekarang , persepsi orang ramai terhadap matrik tak penah berubah . Mereka kata ,
 ‘ Gila kau masok matrik , susahh oooooOooo ! ‘

Tapi , kita tak masok lagi , janganlah nak set kat otak belum2 dah susah . Nak seribu daya kan . Kalau susah sangat la matrik tu , tak kan ada yang dapat 4 Flat ? tak gitu ? Nak kata semua orang study hard pulun bagai nak rak . Tak jugak . Tapi usaha masing-masing , sendiri tilik sendiri . Tak lama pon nak bertapa kat matrik , sekejap jea masok , nanti dah masok degree pulak . hai sekejap masa berlalu . Rupa-rupanya aku pon dah besar :D

23 Mei 2011 – 26 April 2012 . Ini masa yang sangat berharga . Aku dapat bilik yang hujung sekali , so senang nak skodeng budak uitm main bola kat padang . har har har ! Aku dapat roommates yang okay jea , tapi sorang tu macam tak boleh ngam ngan kitorang . Tah la aku pon tak taw nak buat lagu mana lagi . Terima kasih dekat budak gomok Wanie Johari and Suhaily Azmi . Sebab aku rasa aku dah pernah nangis sebanyk 3 kali dan disaksikan oleh mereka berdua . Sepanjang kat gopeng dulu , aku tak pernah nangis taw . Tapi masok matrik , almaklumlah , cita2 nak jadi ayu and sopan santun , aku pendam je apa yang aku tak suka . Memang lagu tu la kalau tension . Tapi yang best port aku nangis à katil Waniey Johari . haha . Aku suka golek2 kat situ , sebab tempat dorang terang taw . Sian tengok muka redha wanie . haha .

Masalah yang bertimpa-timpa masa Sem2 , memberi kesan yang tidak berapa baik terhadap kesihatan aku . *orang terdekat je yang tahu* Sampai satu tahap , aku tidak mampu lagi mengawal ketensionan aku . Apa boleh buat . haishh . Tapi tapi , aku ada aboyot , aku suruh dye dengar apa2 yang aku tak suka . har har ! bluek .

Memang kalau boleh kan aku nak mengarang la sepanjang apa yang berlaku kat Matrik tuu . Adehh , tak larat den nak karang panjang2 . Tapi , apa pon yang berlaku , baik , buruk , sweet , sour , kelat , tawar , hanyir sepanjang aku kat sana , itu lumrah kan . Aku dah redha and aku dah cuba menghayati keseronokan itu . InsyaAllah , aku tidak sempat membuat musuh di sana . Kawan aku pon dah bertambah ramai , itu yang seronok kan ?

Ouh yeahh , budak-budak M3T2 , terima kasih menghidupkan suasana kelas menjadi lebih seronok tiap kali kita nak belajar even ada antara kita tak sempat nak kenal dengan lebih rapat . Btw , terima kasih jugak bagi kerjasama masa kita nak buat video kelas , tangkap gambar kelas , and masa kita tangkap gambar dengan lecturers sebagai tanda kenang-kenangan . So sweet that moment kan ?

Terima kasih la jugok bagi aku macam2 . Efa , terima kasih ayat ini ‘ kitorang rasa bertuah gila sebab amoy ada kat dalam kelas nie , maybe sebab amoy boleh buat macam-macam ‘ Entah ini ayat propaganda ke ayat fakta . Terima kasih jugak pada yang sudi meluahkan masalah dekat aku . Tak sangka korang percaya aku . Terharu weh ;’)

Pada Maswatie , nah amik la gambar2 yang dulu aku janji . hoho . Berkurun tak kau tunggu ? har har . Jangan lupa belanja aku ! oh yeah , aku dah wakilkan kelas kita bagi gambar bersama cikgu kat cikgu yang terpilih ! hoho :D tak percaya nanti pergi la dekat meja lecturer  , mesti korang terharu tengok gambar kita ada tergantung kat tempat dorang :D

Oleh sebab , aku sudah keluar group M3T2 gara-gara insiden dulu and aku rasa korang tak perasan pon , so aku post kat sini la video kelas okay ? so pada mana yang baik hati tu , sila lah letak link video nie kat dalam group korang :D enjoy the video . Aku cuba yang terbaik , InsyaAllah . Lihatlah hasilnya :D



SEMOGA HUBUNGAN INI KEKAL SAMPAI JANNAH , AMIN ;)













p/s : percaya atau tidak , tanggungjawab letak kat bahu aku semuanya . yeahhh semuanya . kejam kan korang . hoho :D

No comments:

Post a Comment