Saturday, September 28, 2013

Musibah

Assalamualaikum .

Acap kali orang suruh update blog . Acap kali aku terlupa . Acap kali aku terlalu fokus dengan pembelajaran .

Aku menaip ingin mengkhabarkan perkhabaran yang tidak enak di dengar . Iya , ia berkenaan ibuku yang kini terlantar di Hospital Kangar . Keadaannya agak teruk sehingga memerlukan pembedahan dilakukan . Iya , aku di rumah . Ayah dan kakak terus pecut ke Perlis seawal pagi tadi dan meninggalkan aku di Shah Alam . Mereka menyuruh ku pulang ke rumah untuk menjaga adik-adik ku . Seorang tu nak PMR next week .

Mungkin aku dulu sekolah berasrama dan acapkali aku dipercayai untuk berdikari sendiri . Seorang diri dari Shah Alam , sampai Serendah terus ambil kedua adik-adikku bawa balik ke rumah . Iya , aku tahu keadaan ibuku . Tapi orang kata berlagak tenang seolah tiada perasaan , its hard to do . Al maklum adik-adik tak tahu keadaan ibu . Aku pulak memberontak nak pergi Perlis secepatnya tapi dipujuk oleh ayah jangan gelojoh , sebab Perlis - Selangor bukan sekangkang kera .

Sekarang kat rumah aku lah ketua keluarga . Aku lah ibu , aku lah ayah .


Mungkin sebab dulu time ibu mengandungkan aku , ibu jarang menangis . Mungkin tu pasal aku jarang menangis . Teori sendiri . muahaha .So sekarang , aku kat rumah tunggu news sebab ayah kata kalau ibu kena hantar Hospital Alor Star , aku boleh pergi lawat .


Bila sedara-sedara call tanya macam mana semua , aku duduk dengan siapa semua , entah lah . Rasa nak menangis pon ada . Sebab aku kena cerita balik kat diorang keadaan ibu . Orang kata kalau flashback tu yang touching lebih tu . Mula lah sebak tiba-tiba .




" Ya Allah , permudahkanlah urusan ibuku . Semoga segalanya baik-baik sahaja . Jangan Engkau ambil dia dari kami , sungguh kami tidak bersedia .  "  


No comments:

Post a Comment