Bertemu kembali lah kita . Such a looongg time tak berblogging . Sekarang dah 2014 , its a new year , new resolution , everything is new .
If kalian mengetahui , pada tahun lepas di mana my mom was admitted to Hospital Alor Star . Kalau kalian ikuti perkembangan aku ketika itu . Tahun lepas tahun yang paling tough for me plus sem 3 is a toughest sem sebab kredit hour yang sangat tinggi .
Pada tika itu , semuanya serba tak kena . And aku tak datang lecture for almost one week . Dugaan buat aku bila aku rasa aku la orang paling bangang dalam kelas . Bila mana time nak jawab quiz , then i didnt know a single thing pon . Di mana aku rasa nak hempuk kepala aku ke dinding untuk cari idea macam mana nak jawab benda yang aku tak belajar pon . Di mana aku rasa sangat lemah , semua semangat seolah luntur . di mana aku rasa sangat pasrah and aku rasa biar lah apa pon keputusannya aku terima .
Aku sempat dua kali je pergi jenguk mak aku dekat Kedah tu . First pergi with my cousin . Dia yang tanggung all the cost . Tapi itu pergi sehari je esoknya dah balik . Time first pergi tu , mak aku masih tak sedarkan diri . Dekat icu lagi time tu . Kalau kau tengok , punah hati ni lahai .
Esoknya aku balik Shah Alam balik dalam pukul 3 pagi sampai kolej aku . Then petangnya aku terus pergi kelas . You know somehow its hard to pretend that we are stronger enough to face all of this . Pergi kelas la paling lawak , semua orang diam bila tengok aku . Macam takut nak tanya apa2 dekat aku , takut terguris hati ni kot .
So second flight masa bila ? Masa adik aku habis Pmr . Yang ni lagi sadis and tuhan je tahu penat nya aku . So masa tu pukul 8 malam aku jawab dulu test untuk subject Operational Research . Habis test dalam pukul 9 lebih . So dalam pukul 10 mcm tu gerak balik rumah aku . Tu pon sewa kereta , thanks to Amal and Nana sebab handle kan pasal kereta semua . Sampai rumah dalam pukul 11 lebih, aku bawak macam orang gila dorang kata . And lepas tu bangun dalam pukul 4 pagi sebab flight pukul 6 katanya kawan aku yang booking . Tapi lagi sadis bila pergi sana , dia kata kawan aku takde booking just hold kan tiket je . Aku macam orang sasau dekat airport tu . I cant think clearly . Apa nak cakap apa nak lawan dengan orang Air Asia tu sebab bukan aku yang book or handle that things . Last sekali , aku cakap saya nak beli tiket ke Kedah sekarang untuk dua orang .
Kalau korang tahu , harga tiket flight adalah lebih mahal kalau beli last minute and beli pulak kat Lcct tu . Nasib baik la aku ada duit . Melayang rm299 .
Nasib menyebelahi bila kawan sekolah lama dulu belajar dekat Kedah and terus dia bawak aku and adik aku pergi hospital . Alhamdulillah . Ayah aku taktahu pon bila flight bila sampai . Tahu2 dah ada kat hospital . Time ni mak aku dah sedar dah tapi mungkin sebab ubat dalam badan dia , dia macam memberontak sikit . Nak pergi toilet la, nak pergi mandi lah .
Okay sampai je , ayah suruh aku take over mak aku . Ayah aku nak bawak adik aku pergi makan and ayah aku nak tido sebab dia semalaman berjaga jaga mak aku . Sebab ayah aku ni ada darah tinggi , so dia wajib tidur 4-5 jam camtu . Kau tahu lah aku pon tak breakfast lagi aku masuk je dengan bau ubat semerbak . Kau tahu cmane rasanya nak pitam . Macam tu lah . Aku buat2 orang call and keluar dari wad hirup udara segar dulu . Biar kepala tak ting tong , then aku masuk jaga mak aku pulak .
Tu pon aku tak stay lama pon . Hari Jumaat sebelum raya haji aku balik rumah ikut pak uda aku . Ayah aku tak harap anak dara dia jaga mak aku . Sebab yang pertama walaupon aku boleh diharap tapi mungkin kudrat dan saiz badan aku yang kecil , so macam kalau mak aku memberontak , aku tak mampu sangat nak pegang mak aku . Aku yang terpelanting pulak nanti. Dan adik aku walau adik aku tu besar orangnya , tapi pemikiran dia macam budak2 . Lagi la tak boleh diharap .
Oleh sebab itu , setibanya aku kat rumah . Aku kemas2 , esoknya aku balik Shah Alam naik ktm . Sebab ? esok malam nya aku nak kena pergi Bandung pulak . Kalau tak silap 5 hari 4 malam . Fuyoohhh . Nasib baik la badan aku ni mampu nak tangani semua benda ni .
And sekarang ni . Alhamdulillah . My mom getting better . Tolong doakan sekali yea , semoga kesihatannya semakin pulih . Seperti sedia-kala . Mudah-mudahan .
No comments:
Post a Comment